Jambori kawasan larut pada waktu itu mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kehadiran seramai 70 orang peserta telah turut serta dengan sedikit gabungan peserta dari kawasan taiping seramai 7 orang.Purata umur para peserta lebih kurang 15-18 tahun.Berbagai-bagai acara telah disediakan,salah satunya berjalan ditengah malam didalam hutan yang gelap berdua-duaan berpandukan pada tali yang dipasang sebagai laluan untuk sampai ke distinasi yang telah ditetapkan.Jarak lebih kurang 1.3km dengan berbagai-bagai rintangan yang perlu dihadapi oleh peserta.Semuanya telah berjaya sampai dengan keadaan selamat.
Oleh yang demikian,bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam program atau Jambori unit amal yang akan datang, bolehlah berhubung terus dengan Pengarah Amal Negeri.No tel:0194227268.
Jambori yang akan datang akan diadakan di Kuala Kangsar Pada 24-25&26 Jan 2009.
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan