Selasa, 27 Januari 2009

BANTULAH SAHABAT KITA

Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak Sdr Roslan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada isteri Abu Bakar aktivis Unit Amal Perak merangkap Ketua Kampung Simpang Pulai Perak,yang telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Gua Musang.Ketika itu beliau dalam perjalanan hendak ke PRK Kuala Terenggganu.Kejadian berlaku pada 5.1.2009.
Pada awalnya beliau dimasukkan ke Hospital Gua Musang kemudian dibawa balik ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Sekarang beliau masih lagi berada di wad ICU hospital berkenaan.Beliau masih bergantung kepada bantuan alat pernafasan.Beliau mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil dan bersekolah.
Sebarang sumbangan amatlah diharapkan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga beliau.Sebarang sumbangan sila salurkan kepada isteri beliau sendiri iaitu Puan Misah binti Dolah no akuan 4-5112024-35 Public Bank.
Sebarang maklumat lanjut bolehlah terus menghubungi Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak. En Roslan Bin Talib no. tel 019-4227268 ,sdr Arif Bin Sha'arani Tim Pengarah 2 no tel 013-4213636 dan Setiausaha Amal perak sdr Zaizi no tel 013-5845435.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan