Rabu, 28 Januari 2009

BRAINSTORMING JABATAN AMAL PERAK

Pegawai Keselamatan Dan Latihan Bomba Gopeng sedang memberi taklimat penerangan pada para peserta brainstorming

pendaftaran para peserta


Ahli Lembaga Pengarah Amal Pusat(ALP) sdr Mohd Suffian Ibrahim sedang memberi penerangan tentang gerak kerja jabatan amal

Ikrar taat setia dalam perjuangan dan kepimpinan


Srd Kalilur Rahman sedang membentang carta organisasi dan konsep dalam perjuangan jabatan amal perak

Sdr Arif Sha'arani Pengarah Brainstorming

sumbangan ikhlas dari jabatan amal kepada pegawai bomba

bergambar kenangan setelah selesai latihan out door


sedang mempraktikkan latihan yang telah diberi


latihan out door(memadam kebakaran)

seisi penerangan out door



para peserta khusyuk mendengar taklimat

penerangan in door oleh pegawai bomba

Pada 25-01-2009,Jabatan amal perak telah berjaya membuat satu program Brainstorming di Ulu Kenas,Kuala Kangsar Perak.Program tersebut dibuat selama dua hari satu malam,dengan kehadiran seramai 28 orang kesemuanya.Program ini hanya diperuntukkan kepada ALP dan ketua penyelaras kawasan unit amal sahaja.
Dalam program ini,jabatan amal telah menjemput pegawai keselamatan dan latihan bomba Gopeng bagi menterjemahkan kemantapan yang perlu ada pada setiap orang tentang asas keselamatan yang betul agar dapat terhindar dari kecelakaan yang lebih teruk.
Tujuan utama brainstorming ini adalah untuk memantapkan balik unit amal disemua peringkat yang berlandaskan TERAS LIMA AMAL dengan visi,misi dan objektifnya.
TERAS LIMA AMAL
1)KEIMANAN DAN KETAKWAAN
2)ILMU DAN AMAL YANG SOLEH DAN BENAR
3)KEMAHIRAN DAN KETERAMPILAN
4)BERDISPLIN DAN BERAKHLAK MULIA
5)BERAMAL KERANA ALLAH
VISI
Pergerakan kebajikan sukarela beruniform yang cemerlang pilihan generasi baru berteraskan islam
MISI
-Berkhidmat secara sukarela untuk membangun semula budaya generasi muda malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berdasarkan islam
-Melahirkan ahli-ahli pergerakan sukarela yang serba boleh yang menghayati teras lima budaya amal
OBJEKTIF
-Memberi khidmat pada masyarakat malaysia khususnya generasi pemuda-pemudi
-Suatu alternatif kepada pasukan sukarelawan beruniform yang sedia ada yang telah ternyata gagal dalam merialisasikan syariat islam didalam aktiviti mereka
-Membina tahap displin yang tinggi,cergas,tangkas,berkemahiran diri,jatidiri dan bertanggungjawab dengan amanah yang telah diberikan oleh pimpinan kepada anggota unit amal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan