Khamis, 12 Februari 2009

NISA' IRAN,MALAYSIA BILA LAGI

'Allah swt berfirman dalam surah taubat ayat 24:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu lebih cintai daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).













Dan ingatlah firman ALLAH surah taubah ayat 38:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing) ? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak

Isnin, 9 Februari 2009

Tragedi Di Kuala Kangsar Ibarat Gaza




Saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan trajedi di Semenanjung Gaza, penderitaan rakyat Palestin dipaparkan di kaca televisyen.

Namun apa yang berlaku di Kuala Kangsar semalam digelapkan daripada kaca televisyen kerana BN malu mengaku kezaliman mereka.

Seorang penulis blog, Azizul NIzam Zulkifli memberitahu beliau melihat Dr. Lo' Lo' menitiskan airmata apabila merawat kanak-kanak sekolah yang berusia 10 tahun pengsan akibat asap tebal gas pemedih mata.
Rakyat dan juga dunia menyaksikan gas pemedih mata dibedil anggota FRU ke dalam masjid Ubudiyah.
Tidak kira yang muda mahupun yang tua, disepak terajang oleh anggota FRU tanpa belas kasihan. Ada yang cedera ditembak dengan peluru getah.
Ramai yang sesak nafas dan pedih mata akibat gas tersebut. Masjid bukan lagi tempat yang selamat daripada serangan polis.
Anggota pasukan keselamatan digunakan sebagai perisai untuk memisahkan rakyat daripada pandangan mata pihak pemerintah dan raja.
Rakyat kini bagaikan pengemis yang menunggu rezeki di tepi jalan dan tidak perlu dihiraukan mungkin 'mereka' melihat rakyat pun umpama satu dosa agaknya.
Rakyat mahu keadilan, kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa berkuasa di negeri ini, BN atau Pakatan Rakyat.
Bubarkan DUN Perak, itulah pinta rakyat.

TAIPING, 8 Feb - Dewan Pemuda PAS Perak telah bertekad untuk menumbangkan penubuhan 'kerajaan haram Umno-BN' di negeri ini dengan habis-habisan.
Keputusan berani dan drastik itu telah dibuat dengan persetujuan sebulat suara oleh Dewan Pemuda PAS Perak yang bersidang sempena majlis Usrah di Markas Tarbiyah PAS Air Kuning dekat sini malam tadi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Haji Nor Azli Musa menyatakan perbuatan Umno-BN tiada bersopan merampas secara jijik serta licik yang sama seperti merompak di siang hari sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ketika sedang disayangi dan popular di kalangan rakyat berbilang kaum.
"Tindakan tersebut adalah amat mengecewakan rakyat di mana mereka telah bersusah payah untuk mengundi memilih Pakatan Rakyat tetapi dengan tiba-tiba telah dihancurkan idaman murni itu ke dalam pimpinan yang rakus dan kejam terhadap rakyat,"tegasnya.
Dari itu, Nor Azli menyatakan pihak pemuda tidak akan berdiam diri apabila hak kuasa rakyat itu dinodai sewenang-wenangnya malah akan diperangi kesnya di mahkamah hingga berjaya.
"Kami Pemuda tidak gentar berhadapan ke mana sahaja untuk menegakkan keadilan dan kesucian maruah kerajaan Pakatan Rakyat yang telah pun hampir usianya sebelas bulan dimusnahkan dalam sekelip mata oleh pemimpin yang gila kuasa tanpa maruah diri,"tegas Nor Azli.