Rabu, 21 Januari 2009

SYUHADAH


Maha Suci Allah Tuhan Semesta Alam

Setiap kesudahan terbentuk dari jalan yang ditempuh. Setiap jalan yang ditempuh, langkah-langkah diatur menurut perancangan dan juga gerak hati. Setiap gerak hati didorong satu permulaan azam dan setiap azam ditanam setelah membuat ketetapan dari penilaian. Setiap penilaian bermula dengan permerhatian. Memerhati dengan hati membawa mati, memerhati dengan mata membawa kepalsuan mengaburi yang nyata. Memerhati dengan akal, satu tujuan mencari redha Allah membawa kesudahan bahagia di dunia dan akhirat.

Khamis, 15 Januari 2009

Isnin, 12 Januari 2009

UNIT AMAL DI STADIUM PERAK

Sebahagian penonton yang hadir memberi sokongan padu pada pasukan bola sepak Perak menentang PDRM baru-baru iniDari kiri PengarahUnit Amal Perak,tengah Pegawai Kewangan Amal Perak dan kanan sekali petugas Amal Taiping

Penjaga gol perak sedang memberi tandatanganya, pada benner menyatakan persetujuan berhenti peperangan di israel

Ust NorAzli Musa selaku pengurus pasukan bola sepak Perak merasmikan tandatangan menyokong tentang benner yang menyatakan "STOP WAR"

Semua pemain perak dan penyokong perak bergambar kenangan setelah selesai menandatangani Benner tersebut

seorang peyokong perempuan cina memberikan ucapan tahniah pada pengurus pasukan perak kerana kejayaanya menewaskan PDRM 1-0

Taklimat dari pengarah amal perak setelah selesai perlawanan bola yang diperhatikan oleh pengurus pasukan bola sepak perak

Ucapan terima kasih oleh Pengurus pasukan bola Perak pada semua anggota unit amal perak atas kesudian membantu tugasan keselamatan di stadium

sebahagian unit amal yang bertugas

Menteri besar Perak turut serta menyaksikan perlawanan pada malam itu

pasukan bola sepak Perak sedang membuat latihan pemanas badan sebelum perlawanan bermula

Memerancang strategi untuk menghadapi pasukan PDRM oleh ketua jurulatih M Karatu pada anak buahnya

Semua pemain bola sepak Perak yang beragama islam sedang mengaminkan doa setelah selesai menunaikan solat magrib agar mendapat kejayaan dan keselamatan tubuh badan.aminnnn


Ust NorAzli Musa selaku Pengurus Pasukan bola sepak Perak,menjadi iman dalam solat magrib berjemaah bersama pemain dan seluruh jawatankuasa pasukan Perak yang beragama islam.

Khamis, 8 Januari 2009

DEMONTRASI KUTUK KEKEJAMAN ISRAEL DI KEDUTAAN AMERIKA JAHANAM


Pemuda Pas Pusat sekali lagi mengajak seluruh ahli pemuda pas dan umat islam seluruh negara menyertai demonstrasi Intifadhah besar-besaran di kedutaan Amerika esok selepas solat jumaat.
Demonstrasi ini diadakan bagi membantah dan mengecam kekejaman dan kezaliman rejim Zionis yang telah menyerang Semenanjung Gaza dan mengakibatkan kematian beratus-ratus nyawa umat Islam yang tidak berdosa.Menjadi kewajipan kita membela nasib umat Islam di Gaza dan menggesa Israel menghentikan serangan ganas yang kini meragut lebih 400 nyawa dan lebih 1,500 lagi yang tercedera.

JAMBORI AMAL

peserta diberi ruang untuk membuat persiapan diri sebelum acara berjalan malam di mulakan sejauh 1.3 km di dalam hutan



Jabatan Amal Perak telah menggadakan satu mesyuarat peringkat negeri Perak di ayer hitam Jelai,Batu Kurau Perak semperna program Jambori unit amal kawasan Larut baru-baru ini.11 orang Ahli Lembaga Pengarah dan 7 orang ketua penyelaras setiap kawasan hadir bagi membincangkan aktiviti-aktiviti tahunan dan gerak kerja kebajikan bagi tahun 2009.Mesyuarat bermula jam 9.30 malam dan tamat jam 2.30pg dalam keadaan yang amat sejuk persekitaranya kerana berada didalam hutan dan berdekatan dengan kaki bukit.Terlalu banyak agenda yang telah di perbincangkan untuk program tahun ini diantaranya brintstooming pada 24 & 25 Jan 2009 di Kuala Kangsar Perak.



Jambori kawasan larut pada waktu itu mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kehadiran seramai 70 orang peserta telah turut serta dengan sedikit gabungan peserta dari kawasan taiping seramai 7 orang.Purata umur para peserta lebih kurang 15-18 tahun.Berbagai-bagai acara telah disediakan,salah satunya berjalan ditengah malam didalam hutan yang gelap berdua-duaan berpandukan pada tali yang dipasang sebagai laluan untuk sampai ke distinasi yang telah ditetapkan.Jarak lebih kurang 1.3km dengan berbagai-bagai rintangan yang perlu dihadapi oleh peserta.Semuanya telah berjaya sampai dengan keadaan selamat.



Oleh yang demikian,bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam program atau Jambori unit amal yang akan datang, bolehlah berhubung terus dengan Pengarah Amal Negeri.No tel:0194227268.



Jambori yang akan datang akan diadakan di Kuala Kangsar Pada 24-25&26 Jan 2009.



Wasallam