Khamis, 8 Januari 2009

DEMONTRASI KUTUK KEKEJAMAN ISRAEL DI KEDUTAAN AMERIKA JAHANAM


Pemuda Pas Pusat sekali lagi mengajak seluruh ahli pemuda pas dan umat islam seluruh negara menyertai demonstrasi Intifadhah besar-besaran di kedutaan Amerika esok selepas solat jumaat.
Demonstrasi ini diadakan bagi membantah dan mengecam kekejaman dan kezaliman rejim Zionis yang telah menyerang Semenanjung Gaza dan mengakibatkan kematian beratus-ratus nyawa umat Islam yang tidak berdosa.Menjadi kewajipan kita membela nasib umat Islam di Gaza dan menggesa Israel menghentikan serangan ganas yang kini meragut lebih 400 nyawa dan lebih 1,500 lagi yang tercedera.

JAMBORI AMAL

peserta diberi ruang untuk membuat persiapan diri sebelum acara berjalan malam di mulakan sejauh 1.3 km di dalam hutan



Jabatan Amal Perak telah menggadakan satu mesyuarat peringkat negeri Perak di ayer hitam Jelai,Batu Kurau Perak semperna program Jambori unit amal kawasan Larut baru-baru ini.11 orang Ahli Lembaga Pengarah dan 7 orang ketua penyelaras setiap kawasan hadir bagi membincangkan aktiviti-aktiviti tahunan dan gerak kerja kebajikan bagi tahun 2009.Mesyuarat bermula jam 9.30 malam dan tamat jam 2.30pg dalam keadaan yang amat sejuk persekitaranya kerana berada didalam hutan dan berdekatan dengan kaki bukit.Terlalu banyak agenda yang telah di perbincangkan untuk program tahun ini diantaranya brintstooming pada 24 & 25 Jan 2009 di Kuala Kangsar Perak.



Jambori kawasan larut pada waktu itu mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kehadiran seramai 70 orang peserta telah turut serta dengan sedikit gabungan peserta dari kawasan taiping seramai 7 orang.Purata umur para peserta lebih kurang 15-18 tahun.Berbagai-bagai acara telah disediakan,salah satunya berjalan ditengah malam didalam hutan yang gelap berdua-duaan berpandukan pada tali yang dipasang sebagai laluan untuk sampai ke distinasi yang telah ditetapkan.Jarak lebih kurang 1.3km dengan berbagai-bagai rintangan yang perlu dihadapi oleh peserta.Semuanya telah berjaya sampai dengan keadaan selamat.



Oleh yang demikian,bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam program atau Jambori unit amal yang akan datang, bolehlah berhubung terus dengan Pengarah Amal Negeri.No tel:0194227268.



Jambori yang akan datang akan diadakan di Kuala Kangsar Pada 24-25&26 Jan 2009.



Wasallam

Selasa, 6 Januari 2009

DEMO BANTAH SERANGAN KE ATAS PALESTIN

Saf dibuat oleh anggota amal malaysia dalam demo baru-baru ini

Nape!!!! ang ada masaalah ke...

tidak ketinggalan muslimat turut serta

Ketua pemuda pas perak sedang melambaikan tangan menandakan tamatnya demo pada hari tersebut




ketua pemuda pas pusat turut serta dalam demo itu



yang memakai serban hitam itu adalah ust shahir,AJK pemuda pas kawasan Taiping

hadirin yang hadir dalam demo di Kuala Lumpur baru-baru ini


Isnin, 5 Januari 2009

Hari Keluarga Pas Kawasan Taiping

petugas amal ingin mencuba acara yang ditandingi

para hakim sedang menilai markah para peserta pertandingan acara membaling bola ping-pong

putugas amal bergambar kenangan bersama YDP pas kawsan Taiping


petugas amal sedang membantu kanak-kanak dalam acara mewarna


petugas amal sedang memerhati acara yang sedang dijalankan oleh muslimat pas kaw

petugas amal sedang memerhati keselamatan para peserta

membincang sesuatu untuk dana kewangan amal taiping


sebahagian petugas amal taiping

tidak terlepas juga kaum india bersama-sama dalam program hari keluarga pas kawasan







tidak ketinggalan Ketua Pemuda Pas Kawasan Taiping

petugas amal bukan sahaja menjaga keselamatan hadirin malah keselamatan kuda padi pun turut diberi perhatiaan.
28 Dis 2008 Pas kawasan Taiping telah mengadakan hari keluarga di Taman Tasik Taiping dari jam 8.00Pagi hingga 1.30 tengahari.Ramai tetamu yang hadir termasuk kaum cina dan india dalam menjayakan program ini.Dijangka hampir 500 orang yang hadir.Insyaallah program ini akan dijadikan acara tahunan Pas Kawasan Taiping.

Khamis, 1 Januari 2009

PIMPINAN JABATAN AMAL PERAK


Dari kiri sdr amal Rahman(Pegawai Kewangan Amal Perak)
Tengah sdr amal Roslan (Pengarah Amal Perak)
Kanan sdr amal Bunyamin(Tim. Pengarah Amal 2 Perak)