Isnin, 9 Februari 2009

Tragedi Di Kuala Kangsar Ibarat Gaza




Saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan trajedi di Semenanjung Gaza, penderitaan rakyat Palestin dipaparkan di kaca televisyen.

Namun apa yang berlaku di Kuala Kangsar semalam digelapkan daripada kaca televisyen kerana BN malu mengaku kezaliman mereka.

Seorang penulis blog, Azizul NIzam Zulkifli memberitahu beliau melihat Dr. Lo' Lo' menitiskan airmata apabila merawat kanak-kanak sekolah yang berusia 10 tahun pengsan akibat asap tebal gas pemedih mata.
Rakyat dan juga dunia menyaksikan gas pemedih mata dibedil anggota FRU ke dalam masjid Ubudiyah.
Tidak kira yang muda mahupun yang tua, disepak terajang oleh anggota FRU tanpa belas kasihan. Ada yang cedera ditembak dengan peluru getah.
Ramai yang sesak nafas dan pedih mata akibat gas tersebut. Masjid bukan lagi tempat yang selamat daripada serangan polis.
Anggota pasukan keselamatan digunakan sebagai perisai untuk memisahkan rakyat daripada pandangan mata pihak pemerintah dan raja.
Rakyat kini bagaikan pengemis yang menunggu rezeki di tepi jalan dan tidak perlu dihiraukan mungkin 'mereka' melihat rakyat pun umpama satu dosa agaknya.
Rakyat mahu keadilan, kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa berkuasa di negeri ini, BN atau Pakatan Rakyat.
Bubarkan DUN Perak, itulah pinta rakyat.

1 ulasan:

  1. Doa selamat agar penyatuan orang melayu tidak longgar oleh dakyah orang-orang kafir dan DAP dan orang yang besekongkol dengan DAP.

    "Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah".

    "Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan".

    "Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman".

    "Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang".

    "Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.".

    "Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini".


    View Profile: Rantong

    BalasPadam