Sabtu, 31 Januari 2009

SEPULUH YANG MENCEGAH SEPULUH

SEPULUH YANG MENCEGAH SEPULUH

1) SURAH AL-FATEHAH
MENCEGAH SESEORANG ITU DARI KEMURKAAN ALLAH.
2) SURAH YAASIN
MENCEGAH DARI KEHAUSAN DI ATAS PADANG MASYAR.
3) SURAH AD-DUKHAN
MENCEGAH DARI HURU-HARA & RIBUT DI SAAT QIAMAT.
4) SURAH AL-WAQIAH
MENCEGAH DARI KEMELARATAN & KEMISKINAN.
5) SURAH AL-MULK
MENCEGAH DARI SEKSA KUBUR & KESENGSARAANNYA.
6) SURAH AL-KAUTHAR
MENCEGAH DARI KEJAHATAN MUSUH.
7) SURAH AL-KAFIRUN
MENCEGAH DARI MATI KAFIR DI WAKTU SAKARATUL MAUT.
8) SURAH AL-IKHLAS
MENCEGAH DARI SEGALA MACAM KEMUNAFIKAN.
9) SURAH AL-FALAQ
MENCEGAH DARI SIFAT HASAD & MENGHASUT.
10) SURAH AN-NAS
MENCEGAH DARI SEGALA TIPU DAYA SYAITAN.

Khamis, 29 Januari 2009

MEMBAHASKAN IDEOLOGI HAMAS,FATAH

KALAU hendak dibuat perbandingan ideologi parti, maka boleh disamakan Hamas dengan PAS, Fatah dengan Umno dan Barisan Rakyat bagi Pembebasan Palestin (PFLP) dengan KeADILan. Hamas asalnya Ikhawanul Muslimin cawangan Palestin dengan pemahaman bahawa gerakan Islam itu, diasaskan di Mesir oleh Hassan Al-Banna ditubuhkan di seluruh negara-negara Arab, maka termasuklah di Palestin.

Pada tahun 1948, entiti yang dikenali sebagai Palestin hilang daripada peta dunia apabila Israel diisytiharkan sementara wilayahnya di sekitar Sungai Jordan dijadikan Transjordan dan kemudian dikenali sebagai Jordan. Bagi Israel, Britain dan Amerika Syarikat, Jordan itulah yang menggantikan Palestin. Maknanya Palestin terbahagi kepada dunia, negara Yahudi dan Arab. Maka yang Yahudi menjadi Israel sementara yang Arab menjadi Jordan.

Jordan sebagai menggantikan Palestin jelas apabila kedua-dua tebing Sungai Jordan menjadi wilayahnya iaitu Tebing Timur dan Tebing Barat. Namun begitu ibu negara Jordan ditempatkan di Amman di Tebing Timur sementara Baitulmaqdis masih dimiliki Jordan terletak di Tebing Barat. Israel pula diberikan ibu negaranya di Tel Aviv. Sementara Gaza yang juga merupakan sebahagian daripada Palestin diberikan kepada Mesir.

Bagaimanapun, kedudukan begini tidak mendatangkan kepuasan kepada dua-dua pihak. Baik pihak Arab mahupun Yahudi. Bagi pihak Yahudi yang ideologinya sudah menjadi Zionis baru atau boleh dipanggil neo-Zionis, mereka mula mencita-citakan sebuah Israel Raya, atau Greater Israel yang meliputi bukan saja wilayah Israel yang mereka peroleh pada tahun 1948 tetapi merangkumi wilayah dari Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Furat di Iraq. Ataupun sekurang-kurangnya ia meliputi Semenanjung Sinai, Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan. Tetapi paling penting ialah Baitulmaqdis yang ingin dijadikan sebagai ibu negara Israel Raya.

Sebenarnya aspirasi Israel Raya ini bukan cita-cita asal Zionis. Boleh dikatakan ia menjadi cita-cita neo-Zionis yang dilandaskan oleh nasionalisme Yahudi dan fundamentalisme Judaisme. Perlu dibezakan antara Yahudi sebagai bangsa dan agama, yang digunakan istilah Judaisme. Pada asalnya penganut agama Judaisme dan juga bangsa Yahudi tidak mempunyai cita-cita nasional iaitu untuk mempunyai negara sendiri.

Tetapi fahaman Zionis memberi landasan kepada cita-cita bernegara sendiri. Pada asasnya Zionis hanya bersifat nasionalisme tetapi bukannya keagamaan. Malah ia lebih bersifat kepada sosialisme dengan gagasan kibbutz sebagai gerakan koperasi kebajikan. Maka Zionis yang meruakan gerakan sekular hanya menuntut sebuah negara Yahudi tidak kira di mana. Malah pada awalnya, cadangan supaya negara Israel diwujudkan di Uganda juga diterima. Kesatuan Soviet juga memberi suatu wilayah untuk Yahudi di dalam pentadbirannya. Justeru apabila Israel diwujudkan di bumi Palestin dengan ibu kotanya Tel Aviv, ia sudah merupakan sesuatu yang lebih daripada cukup.

Tetapi kemudian setelah memperolehi wilayah itu, mereka menjadi tamak dan menginginkan sebuah negara Israel raya yang besar. Ketamakan ini merebak yang pada mulanya sektor Yahudi dalam negara Palestin sudah dapat mereka terima. Komuniti Yahudi diwujudkan dalam negara Palestin bersama dengan komuniti Arab merupakan kedudukan yang terbaik sebenarnya. Tetapi apabila memperolehi negara sendiri pada tahun 1948, ia semakin galak untuk meluaskan kawasannya.
Tentu pihak Arab sedar perkara ini dan mereka tidak boleh mengiktiraf kewujduan negara Israel. Lebih-lebih lagi apabila tanah-tanah Arab yang berada dalam penguasaan Israel dirampas dan pemiliknya dihalau secara besar-besaran ke Tebing Barat Jordan dan Gaza di Mesir. Reaksi kewujudan Israel juga menggalakkan kesedaran nasionalisme kiri Arab yang dipelopori Presiden Gamal Nasser dan fahaman Baathisme yang dipegang Hafez Assad di Syria.

Maka rasa tidak puas hati ini membawa kepada negara-negara Arab berpakat untuk mengambil baik wilayah Palestin yang menjadi Israel. Peperangan tahun 1967 dilancarkan bagi membebaskaan Palestin. Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang bermusuh dengan nasionalis kiri pimpinan Nasser bagaimanapun turut berjihad untuk membebaskan Palestin.

Rabu, 28 Januari 2009

BRAINSTORMING JABATAN AMAL PERAK

Pegawai Keselamatan Dan Latihan Bomba Gopeng sedang memberi taklimat penerangan pada para peserta brainstorming

pendaftaran para peserta


Ahli Lembaga Pengarah Amal Pusat(ALP) sdr Mohd Suffian Ibrahim sedang memberi penerangan tentang gerak kerja jabatan amal

Ikrar taat setia dalam perjuangan dan kepimpinan


Srd Kalilur Rahman sedang membentang carta organisasi dan konsep dalam perjuangan jabatan amal perak

Sdr Arif Sha'arani Pengarah Brainstorming

sumbangan ikhlas dari jabatan amal kepada pegawai bomba

bergambar kenangan setelah selesai latihan out door


sedang mempraktikkan latihan yang telah diberi


latihan out door(memadam kebakaran)

seisi penerangan out door



para peserta khusyuk mendengar taklimat

penerangan in door oleh pegawai bomba

Pada 25-01-2009,Jabatan amal perak telah berjaya membuat satu program Brainstorming di Ulu Kenas,Kuala Kangsar Perak.Program tersebut dibuat selama dua hari satu malam,dengan kehadiran seramai 28 orang kesemuanya.Program ini hanya diperuntukkan kepada ALP dan ketua penyelaras kawasan unit amal sahaja.
Dalam program ini,jabatan amal telah menjemput pegawai keselamatan dan latihan bomba Gopeng bagi menterjemahkan kemantapan yang perlu ada pada setiap orang tentang asas keselamatan yang betul agar dapat terhindar dari kecelakaan yang lebih teruk.
Tujuan utama brainstorming ini adalah untuk memantapkan balik unit amal disemua peringkat yang berlandaskan TERAS LIMA AMAL dengan visi,misi dan objektifnya.
TERAS LIMA AMAL
1)KEIMANAN DAN KETAKWAAN
2)ILMU DAN AMAL YANG SOLEH DAN BENAR
3)KEMAHIRAN DAN KETERAMPILAN
4)BERDISPLIN DAN BERAKHLAK MULIA
5)BERAMAL KERANA ALLAH
VISI
Pergerakan kebajikan sukarela beruniform yang cemerlang pilihan generasi baru berteraskan islam
MISI
-Berkhidmat secara sukarela untuk membangun semula budaya generasi muda malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berdasarkan islam
-Melahirkan ahli-ahli pergerakan sukarela yang serba boleh yang menghayati teras lima budaya amal
OBJEKTIF
-Memberi khidmat pada masyarakat malaysia khususnya generasi pemuda-pemudi
-Suatu alternatif kepada pasukan sukarelawan beruniform yang sedia ada yang telah ternyata gagal dalam merialisasikan syariat islam didalam aktiviti mereka
-Membina tahap displin yang tinggi,cergas,tangkas,berkemahiran diri,jatidiri dan bertanggungjawab dengan amanah yang telah diberikan oleh pimpinan kepada anggota unit amal.

Selasa, 27 Januari 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN AMAL

Nana Kasim orang yang memainkan peranan besar dalam kutipan untuk mangsa kekejaman yahudi laknatullah
sebahagian penonton yang berada ditepi padang bersama pemain-pemain Perak,untuk menyaksikan dengan lebih dekat pemain pilihan mereka


sebelum perlawanan bermula



disambut mesra oleh peminat sekitar DUN Trong



Ketibaan pemain -pemain Perak di Sek Men Keb Tat Beng Sg Nyior Trong Perak dengan di sambut oleh Pengurus pasukan Perak ust Azli Musa dan pimpinan MTD Trong.



sedikit taklimat untuk petugas-petugas unit amal bagi menjaga keselamatan dalam program tersebut


Baru-baru ini,unit amal telah mengganjurkan satu perlawanan persahabatan amal bola sepak diantara pasukan Perak menentang pasukan pilihan LarutMatang dan selama di sek menengah kebangsaan Tat Beng Sg nyior trong perak.Dalam perlawanan tersebut pasukan perak telah berjaya mengatasi pasukan pilihan itu dengan kemenangan 2-0.Perlawanan tersebut telah menghiburkan hampir 1000 penonton kampong tersebut.Dalam perlawanan sedang rancak berlangsung,unit amal telah melangcarkan kutipan derma bagi membantu mangsa rakyat palestin,dan jumlah yang berjaya dikutip sebanyak RM804.Duit itu terus diserah pada Jabatan Amal Pusat,bagi penyaluran yang telah sedia ada berjalan dengan lancar.



Sehubungan itu,sekiranya tuan/puan yang sudi membantu pergerakan unit amal negeri perak,sila hubungi Bendahari Jabatan Amal Perak no tel:013-5141380,Pengarah Amal Perak no tel:019-4227268,Tim Pengarah 1,no tel:013-4213636 dan no akaun atas nama Jabatan Amal Negeri Perak 080-130-100-66347 BANK ISLAM

Sumbangan anda amat dialu-alukan,semoga allah sahaja yang membalasnya.

BANTULAH SAHABAT KITA

Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak Sdr Roslan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada isteri Abu Bakar aktivis Unit Amal Perak merangkap Ketua Kampung Simpang Pulai Perak,yang telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Gua Musang.Ketika itu beliau dalam perjalanan hendak ke PRK Kuala Terenggganu.Kejadian berlaku pada 5.1.2009.
Pada awalnya beliau dimasukkan ke Hospital Gua Musang kemudian dibawa balik ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Sekarang beliau masih lagi berada di wad ICU hospital berkenaan.Beliau masih bergantung kepada bantuan alat pernafasan.Beliau mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil dan bersekolah.
Sebarang sumbangan amatlah diharapkan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga beliau.Sebarang sumbangan sila salurkan kepada isteri beliau sendiri iaitu Puan Misah binti Dolah no akuan 4-5112024-35 Public Bank.
Sebarang maklumat lanjut bolehlah terus menghubungi Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak. En Roslan Bin Talib no. tel 019-4227268 ,sdr Arif Bin Sha'arani Tim Pengarah 2 no tel 013-4213636 dan Setiausaha Amal perak sdr Zaizi no tel 013-5845435.

Sabtu, 24 Januari 2009

ORANG MELAYU

Di mana boleh cari ramai Melayu

Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang MelayuTerkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

KEPALA BABI DI UNIVERSITI MALAYA






Salam,
Baru-baru ini sekitar jam 5 pg, Universiti malaya dikejutkan dengan penemuan kepala babi yang diletakkan di dalam sebuah surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. perkara tersebut disedari oleh seorang pelajar yg mahu mengerjakan solat sunat Qiamullail di surau tersebut. Mohon semua berdoa agar Allah melaknati sesiapa yang melakukan perkara terkutuk ini, perkara ini jelas mengaibkan ISLAM.
Adakah kita semua ingin melihat peristiwa ini sesuatu yang biasa ataupun luar biasa!!!!!!!!!!

Rabu, 21 Januari 2009

POKOK YAHUDI




TOLONG AMBIL PERHATIAN SEMUA UMAT ISLAM!!
Hanya menyampaikan..... kalau sapa 2 yang nampak pokok Gharqad ada ditanam di Malaysia nie....harap2 dapt panggil majlis suroh tebang ok.... Nama lain Africanboxthorn.Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat).
Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi",gementarnya puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqa d ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah palestin. betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini.
Untuk mencari maklumat mengenai perkara berkaitan dengan hadith tersebu, banyak artikel yang terdapat dalam internet yang kita boleh jumpa mengenai pokok gharqad ini, ianya juga dikenali dengan nama boxthorn. dalam banyak2 halaman internet, perhatian halaman kerajaan yahudi ini sendiri di israel . halaman ini ialah JewishNational Fund.( < http://www.jnf.org/> ) dari maklumat yang ada di halaman itu, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!!bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut disamping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini tinggal. ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain. wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu. tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetap tetap menentang Islam." WALLAHUA'LAM

SYUHADAH


Maha Suci Allah Tuhan Semesta Alam

Setiap kesudahan terbentuk dari jalan yang ditempuh. Setiap jalan yang ditempuh, langkah-langkah diatur menurut perancangan dan juga gerak hati. Setiap gerak hati didorong satu permulaan azam dan setiap azam ditanam setelah membuat ketetapan dari penilaian. Setiap penilaian bermula dengan permerhatian. Memerhati dengan hati membawa mati, memerhati dengan mata membawa kepalsuan mengaburi yang nyata. Memerhati dengan akal, satu tujuan mencari redha Allah membawa kesudahan bahagia di dunia dan akhirat.

Khamis, 15 Januari 2009

Isnin, 12 Januari 2009

UNIT AMAL DI STADIUM PERAK

Sebahagian penonton yang hadir memberi sokongan padu pada pasukan bola sepak Perak menentang PDRM baru-baru iniDari kiri PengarahUnit Amal Perak,tengah Pegawai Kewangan Amal Perak dan kanan sekali petugas Amal Taiping

Penjaga gol perak sedang memberi tandatanganya, pada benner menyatakan persetujuan berhenti peperangan di israel

Ust NorAzli Musa selaku pengurus pasukan bola sepak Perak merasmikan tandatangan menyokong tentang benner yang menyatakan "STOP WAR"

Semua pemain perak dan penyokong perak bergambar kenangan setelah selesai menandatangani Benner tersebut

seorang peyokong perempuan cina memberikan ucapan tahniah pada pengurus pasukan perak kerana kejayaanya menewaskan PDRM 1-0

Taklimat dari pengarah amal perak setelah selesai perlawanan bola yang diperhatikan oleh pengurus pasukan bola sepak perak

Ucapan terima kasih oleh Pengurus pasukan bola Perak pada semua anggota unit amal perak atas kesudian membantu tugasan keselamatan di stadium

sebahagian unit amal yang bertugas

Menteri besar Perak turut serta menyaksikan perlawanan pada malam itu

pasukan bola sepak Perak sedang membuat latihan pemanas badan sebelum perlawanan bermula

Memerancang strategi untuk menghadapi pasukan PDRM oleh ketua jurulatih M Karatu pada anak buahnya

Semua pemain bola sepak Perak yang beragama islam sedang mengaminkan doa setelah selesai menunaikan solat magrib agar mendapat kejayaan dan keselamatan tubuh badan.aminnnn


Ust NorAzli Musa selaku Pengurus Pasukan bola sepak Perak,menjadi iman dalam solat magrib berjemaah bersama pemain dan seluruh jawatankuasa pasukan Perak yang beragama islam.